Tafsir al basith
AL-BASITH FI AL-MAZHAB (البسيط في المذهب) Kitab al-Basith fi al-Mazhab ( البسيط في المذهب ) adalah sebuah karya fiqh Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (450-505H), yang terkenal dengan gelaran Imam al-Ghazali. Kadang-kala Imam al-Ghazali juga menamakan kitab ini sebagai al-Basith fi al-Furu’ ( البسيط في الفروع .). Beliau ada menyebutkan judul kitab al-Basith ini di dalam beberapa karya beliau yang lain seperti al-Wasit dan Jawahir al-Quran. Kitab al-Basith ini termasuk dalam rantaian siri karya fiqh al-Ghazali yang terkenal, iaitu al-Basith , al-Wasith dan al-Wajiz . Sumber penyusunan ketiga-tiga kitab tersebut berdasarkan kitab Nihayah al-Mathlab fi Dirayah al-Mazhab ( نهاية المطلب في دراية المذهب ) karya agung guru kepada Imam al-Ghazali, iaitu al-Imam Ruknuddin Abu al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini (419-478H). Dalam kitab-kitab fiqh ma...